Lagu "KAWANKU"
Kawan baik adalah orang yang rapat dengan kita.Tidak kiralah sama ada di sekolah atau di luar.Kawan baik juga merupakan orang yang boleh dipercayai.Kita boleh saling berkongsi masalah atau rahsia dengan kawan baik.Dengan itu,kita akan berasa lega selepas berkongsi masalah atau rahsia yang ada.
Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan yang melanda diri. Namun demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana jika tersalah pilih rakan akan rosaklah masa hadapan kita. Jika diperhalusi, ada beberapa ciri dalam memilih sahabat yang perlu kita ketahui.
Persahabatan tidak terjalin secara utomatik tapi memrlukan proses yang sangat panjang. Persahabatan diwarnai dengan berbagai suka dan duka. Dihibur, disakiti, diperhatikan-dikecewakan, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian. Proses dari kawan menjadi sahabat memang sangat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan. Dan semua orang pasti memerlukan sahabat sejati. Bagiku, sahabat itu keluarga kedua kerana sahabat itu terkadang terlalu cerewet seperti ibuku yang ada dirumah, tegas seperti ayahku, dan terlalu menjengkelkan seperti kakak-kakakku tapi tetap menyayangiku.
1. Menjaga Persahabatan
Menjaga persahabatan itu penting sekali dan juga memerlukan pengorbanan waktu dan tenaga, disaat kita mulai dewasa tentu kita memiliki kesibukan masing-masing. Waktu pertemuan yang tak seperti dulu membuatkan persahabatan menjadi renggang, pada waktu ini kita merasa rindu dengan kegiatan berkumpul seperti dulu yang biasa kita lakukan bersama.
2. Mendukung Sahabat
Sahabat itu mendukung sahabatnya satu sama lain di kala sahabatnya sedang sedih atau pun senang, dia selalu ada, dia selalu muncul disetiap ikatan yang sudah terjalin. Itu yang dikatakan sahabat. Kerana yang namanya sahabat itu selalu memberikan inspirasi dukungan buat kita untuk mencapai apa yang kita inginkan. Namun persahabatan yang kita jalani tak selalu berjalan lancar seperti kita inginkan. Setiap persahabatan pasti pernah merasakan cemburu satu sama lain, pernah bergaduh karana sesuatu hal yang remeh.
3. Menghormati
Sahabat itu adalah kawan dalam suka dan duka, tapi kita harus tahu batas dimana suatu saat ketika kawan di dalam masalah, kita harus membiarkan dia mengatasi masalahnya sendiri agar kawan tersebut menjadi lebih matang dan berikari tapi jangan dibiarkan dia terlalu lama.Kerana sahabat itu berjuang untukmu, menghormatimu, selalu sed untukmu.
4. Menerima kekurangan dan kelebihan sahabat
sahabat sejati pasti menerima kekurangan dan kelebihan sahabat. Jadi kamu tidak akan keberatan untuk menerima kekurangan sahabat apa adanya. Kesimpulannya, terimalah sahabat meskipun dia tidak sempurna. Kerana pada dasarnya kamu juga tidak sempurna.
5. Rasa Saling Percaya
6. 1 Sahabat lebih baik daripada 1000 teman
Aku tak perlu menjadi kawan semua orang, kerana aku juga tak memerlukan semua orang untuk memahamiku. Aku juga tidak perlu kawan yang banyak seperti memperbanyak kawan di Facebook. Kerana ini bukanlah soal banyak – banyak kawan. Tapi berapa banyak yang betul-betul kawan sejati (sahabat). Sedikit kawan tapi berkualiti jauh lebih berharga. Yang selalu ada disaat situasi apa pun bukan yang menghilang dan tidak faham keadaan. 1 Sahabat jauh lebih baik daripada 1000 Teman hanya mementingkan dirinya sendiri
No comments:
Post a Comment