Monday, October 7, 2019

Our Hobby







Image result for contoh hobi

   Hobi ialah kegiatan atau aktiviti yang kita lakukan pada waktu lapang. Boleh dikatakan semua orang mempunyai hobi yang tersendiri. Antara hobi yang selalu dilakukan ialah memelihara haiwan kesayangan, membaca novel, berkebun, bermain permainan komputer, memancing, menonton televisyen dan sebagainya.


Image result for muslimah gambar kartun baca buku
  

 Membaca boleh memberi banyak faedah. Membaca dapat membaiki bahasa kita. Membaca juga dapat menguatkan imaginasi. Terdapat banyak faedah membaca yang lain.

           Saya melaksanakan hobi pada setiap pagi. Saya membaca bersama adik-adik. Saya juga membaca pada waktu petang.
          Dengan membaca saya dapat menyertai pertandingan mengarang esei serta bercerita. Saya menjadi wakil negeri dalam pertandingan mengarang esei.

         Harapan saya agar ramai yang akan memilih membaca sebagai hobi mereka kerana membaca dapat memberikan banyak faedah.


No comments:

Post a Comment

Tumbuhan Terancam

MAKSUD SPESIES TERANCAM                   Spesies terancam  ialah  organisma  yang menghadapi risiko  kepupusan , sama ada kerana ...