MAKSUD SPESIES TERANCAM
Spesies terancam ialah organisma yang menghadapi risiko kepupusan, sama ada kerana bilangannya kecil mahupun kerana diancam oleh parameter-parameter persekitaran yang berubah atau pemangsaan.
PENGENALAN
Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahan air.
Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini, kita dapat lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilaporkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan semakin menggugat kestabilan alam.
TUMBUHAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN
Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan generasi yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.
Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.
Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.
Bagaimana pun sesetengah bunga telah pun pupus disebakan faktor persekitaran.Berikut adalah senarai 10 bunga yang jarang dilihat dan hampir pupus
1. Bunga Pakma (Rafflesia arnoldii)
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan s sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.
2. Jade Vine (Strongylodon macrobotrys)
Bunga Jade Vine adalah bunga yang hidup dihutan hujan tropika di Filipina. Pepohon bunga ini adalah termasuk dalam keluarga kekacang dan berkait erat dengan kacang merah. Memiliki bunga yang tumbuh menggantung dari cabang-cabang sehingga mencapai hingga tiga meter panjangnya. Warna bunga ini adalah hijau kebiruan. Spesies ini telah terbukti sukar untuk membiak dan dianggap sebagai spesies yang semakin pupus.
3. Pohon Franklin (Franklinia alatamaha)
Bunga ini adalah sebahagian dari keluarga teh ,berasal dari lembah sungai Altamaha Georgia ini, telah pupus sejak awal abad ke 19 lagi. Memiliki bunga yang berwarna putih dan beraroma harum ketika mekar dan daun yang berubah warna menjadi merah terang sewaktu musim gugur .
4. Koki’o (Kokai cookei)
Bunga yang mempunyai bahagian seakan akan bunga raya ini ditemui pada tahun 1860 di kepulauan Hawaii. di mana waktu itu hanya terdapat tiga spesimen yang boleh ditemui. Pohon ini boleh tumbuh sampai tinggi sekitar 10-11 meter.Yang menarik tentang pohon ini adalah ratusan bunga merah yang dihasilkan pada setiap tahun di pokok yang telah matang.
Punca-Punca Kepupusan Tumbuhan
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepda kepupusan flora dan fauna sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Diantara punca-puncanya adalah pembalakan haram yang merupakan salah satu punca utama kepupusan flora dan fauna. Pembalak-pembalak haram giat menjalankan pembalakan secara terbuka di kawasan yang tidak sepatutnya ditebang dan menyebabkan tumbuhan renek mengalami kepupusan.
Pembakaran hutan juga dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dilakukan secara terbuka. Hal ini akan menyebabkan habitat kehilangan tempat tinggal. Perkembangan arus permodenan menyebabkan banyak pembangunan berlaku di atas bumi. Untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi, banyak kawasan baru yang diterokai untuk membina penempatan baru, dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian.
Kesan-Kesan Kepupusan Haiwan Dan Tumbuhan
1. Kitaran kehidupan akan terjejas
2. Hakisan tanah dan tanah runtuh
3. Mencacatkan pemandangan alam
KEMUSNAHAN HABITAT
Kemusnahan habitat ialah proses yang menyebabkan sesebuah habitat semula jadi hilang keupayaannya untuk menampung spesies-spesies yang sedia ada.
Kegiatan manusia
Kemusnahan habitat yang berpunca dari kegiatan manusia termasuk penggunaan tanah untuk tujuan pertanian, rebakan bandar, pembangunan prasarana, dan bermacam-macam lagi perubahan buatan manusia kepada kecirian tanah.